dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Saturday, May 19, 2018

Amalan di Bulan Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

Seperti yang semua maklum, bulan puasa ini berpusu-pusu orang muslim berebut nak kumpul amalan-amalan untuk bekal kita di akhirat kelak. Dalam mengumpul amalan tu kena juga sebati dengan elakkan perkara-perkara yang jahat. Syaitan dah kena ikatkan. Kalau buat jahat juga tak tahulah itu manusia atau apa. Semua orang hari berjalan seperti biasa walaupun puasa tetap kena bekerja untuk mencari rezeki. Tetap pergi ke sekolah atau kuliah untuk menuntut ilmu. Antara amalan-amalan yang boleh kita amalkan sepanjang bulan ramadhan ini ialah:
  1. Sahur
    • Dengan bersahur ni dari situlah kita dapat tenaga untuk dibekalkan di siang hari nanti. Tak adalah lembik je nak pergi kerja. Otak pun berfungsi dengan pantas. Tak payah nak acah-acah diet kenyang okay.
  2. Membaca Al-Quran
    • Kadang-kadang sebelum tunggu habis waktu bersahur tu bolehlah baca Al-Quran dulu. Waktu lain confirm macam-macam alasan bagi (ni dari pemerhatian dalam diri aku sendiri). So waktu yang sangat sesuai dibuat sebelum atau selepas subuh. Rasa tenang je baca pagi-pagi tu. Tak ada bunyi bising, sejuk je baca.
  3. Banyakkan berdoa
    • Kalau nak tahu, doa orang yang berpuasa ni amatlah mustajab disisi Allah. Maka rebutlah peluang ini guys. Doa biar ikhlas keluar dari hati bukan dari mulut sahaja. Dengan hanya berdoa sahaja tidak cukup. Sertakan sekali dengan usaha untuk dapatkan apa yang didoakan.
  4. Bersedekah
    • Bersedakah ini satu perkara yang teramatlah simple dan mudah untuk dibuat. Boleh kita ambil contoh tauladan yang baik yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kita. Baginda seorang yang pemurah dan amatlah suka bersedekah terutama di bulan Ramadhan. Bolehlah kita ikut jejak langkah baginda. 
  5. Mempercepatkan berbuka
    • Kalau part ni memang semua orang tak pernah miss nak buat. Dengar je azan terus minum air sampai boleh terlupa nak baca doa. Yang ni pun salah satu sunnah nabi. Seeloknya berbuka dahulu dengan makanan yang manis, contohnya kurma.
  6. Tahan marah
    • Yang ini tahu kau lapar, tapi janganlah kita nak marah orang lain sebab lapar sahaja. Dalam bulan puasa ini selalulah bersabar dengan menjaga emosi kit okay.

Foto Kredit: islamic-kn.blogspot.my


NOTE: “Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-sama aku,” Baginda Nabi Muhammad SAW


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Tidur Adalah Ibadah

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah masuk puasa yang keempat dah. Dalam bulan yang mulia ni elok memperbanyakkan lagi ibadah. Kalau nak tahu tidur ini pun dianggap ibadah dalam bulan puasa. Mesti ada segelintir yang fikir betul ke tidur ni ibadah dan dikira dapat pahala? Tak ke kalau tidur sahaja boleh menjerumuskan kepada pembatalan puasa?

Harini aku nak bagi sedikit sebanyak daripada pembacaan dan apa yang aku tahu daripada facebook. Tidur yang dianggap ibadah ini apabila seseorang berniat untuk tidur bagi mendapatkan tenaga untuk melakukan ibadah lain. Kiranya dia tidur sekejap untuk berehat untuk melakukan kerja-kerja lain seperti bertukang dan lain-lain. Kerja-kerja yang mulia sahaja okay. Selain tidur untuk memperoleh tenaga untuk melakukan solat nanti.

Tidur bukan dianggap satu ibadah apabila seseorang tidur hanya untuk saja-saja. Sekadar nak lelapkan mata sebab bosan ke bermalas-malasan dari pagi sampai ke petang. Macam dah tak ada life dah. Ha itu bukan namanya ibadah okay.

So marilah sama-sama kita saling mengingati dengan orang disekeliling. Kalau ada kawan yang kaki malas tu melepek je muka, rajin-rajinlah tegur dia. Mungkin ada sesetengah orang tak sedar atau tidak tahu tentang ni. Dengar je tidur ni satu ibadah, terus marathon tidur, nak buka nanti baru bangun. No, itu tak betul okay.





NOTE: Mari kumpulkan pahal banyak-banyak di bulan yang mulia ini.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Kembali zaman dulu

ASSALAMUALAIKUM

Dah bulan puasa ni, memang makin banyaklah baju raya yang dijual. Apa yang aku nampak tahun ni baju raya banyak yang pattern lace. Baju semua sama je. Tahun lepas baju and bawal pucci. Kali ini lace pulak. Lagi satu kalau korang semua perasan sekarang ni boleh dikatakan kita ni macam kembali ke zaman dulu-dulu.

Bawal biasa tu kalau ikutkan orang dulu-dulu je pakai. Sekarang bawal tu dah jadi trend balik dah. Cara pakai tudung pun sama. Ikat belakanglah. Kalau yang muka cantik-cantik tu lawa jelah pakai. Yang muka biasa-biasa ni orang kita mesti kutuk. Macam makcik-makciklah. Apa pun its better to be yourself. Jangan peduli kata-kata orang lain tu okay guys.

Lambakkan produk yang sama sekarang dah terlalu banyak dah aku tengok. Apa kata bakal-bakal businessman akan datang ni cuba cari idea lain untuk keluarkan produk masing-masing. Goodluck okay .




NOTE: Jangan jadi katak bawah tempurung yang tak tahulah langsung apa benda yang jadi dekat luar.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana