dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Thursday, April 05, 2018

Kenangan di Zoo

ASSALAMUALAIKUM

Kita nak cerita sikit zaman dulu-dulu time kecil lagi. Zoo bagai ni semua memang port yang paling wajib kena pergi time kecil dulu. Orang utan. Kenapa dengan orang utan? Inilah yang aku nak cerita.

Time tu pergi zoo dekat Melaka. Memang tak pernahlah kan jumpa orang utan depan-depan. So perasaan excited tu bercambah-cambah guys. Tiba giliran aku nak ambik gambar dengan monyet tu aku diri sebelah monyet sensorang. Adik-beradik aku yang lainberdiri kat sebalah lagi satu. Berdirilah aku sorang-sorang .

Monyet tu apa lagi dia ambik kesempatan kau. Dia peluk aku macam buat jejak kasih. Dia peluk aku macam tak nak lepas tahu . Mata aku apa lagi dah mula bergenang dah. Badan mengggigil habis. Masa tu aku rasa nak nangis time tu juga. Alah biasa umur darjah dua lagi time tu. Takutlah. Belum nangis pun lagi. Baru nak feel.

Ambillah beberapa keping gambar buat kenangan, dengan muka aku yang senyum terpaksa tu. Monyet tu senyum lagi lebar dari aku. Dia tak senyum pun nampak macam dia senyum. Itulah pengalaman. Walau apa pun, aku sayang monyet secukup rempah secukup rasa. Sayangilah haiwan sebagai mana Saidina Abu Hurairah R.A. yang amat mengasihi binatang sehingga beliau mendapat gelaran Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing .


NOTE: Dugaan yang datang jadikan seseorang lebih tabah bukannya serik.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana