ASSALAMUALAIKUM
AMARAN KERAS: Yang berani je boleh baca. (tapi tak seram mana pun)
Pernah rasa tidur tak lena, mandi tak basah tak? Benda ni bukan cerita cinta okay.
Mesti semua orang pernah rasa diri ni diperhatikan. Kadang-kadang kau tengah nak makan pun rasa ada benda yang curi makanan korang. Yang ni siapa je yang tak kenal, mana yang suka makan tak baca doa tu memang kongsi makanan dengan geng dialah.
Terutama bagi yang budak kecil, memang selalu and senang dia orang semua boeh nampak. Dulu pernah sedara aku kena ganggu dalam rumah dia sendiri. Tiap kali nak tidurkan anak dia je dekat buai tu mesti anak dia nangis. Rupanya ada yang tolong enjutkan buai tu. Aku nak letak gambar tapi takut nanti aku sendiri pula yang tak boleh nak tidur. So untuk keselamatan semua, kita elakkanlah ya.
Siapa pernah tengok video hantu indon yang sembahyang tu. Seriously, sampai sekarang aku ingat lagi and tiap kali nak start sembahyang tu mesti teringat. Sis sabar je. Kenalah rileks dulu sebelum nak start solat tu. Betul-betul menghantui yang teramat kot!
Ingat lagi tak trip ke Pahang tu. Esok paginya ayah ada cerita, yang dia mimpi dua kali perempuan tapi yang berlainan. Dalam apartment tu ada satu lampu syiling, ayah mimpi ada buai panjang. Lepastu ada sorang perempuan tengah main buai dekat situ. Lagi satu ayah mimpi ada perempuan masuk dari pintu lepastu mundar-mandir depan bilik kitorang. Aku harap dia jatuh kena hempap dengan syling. Muka dia nampak gelisahlah gitu even aku tak nampak tapi benda ni korang boleh bayangkan. Bila ayah tanya kau kenapa ni, ada apa ni. Kepala dia geleng nak kata tak ada apa-apa. Then hilanglah diorang tu. Kan aku dah cakap tak seram. Aku dengar ayah cakap seram, naik semua bulu roma. Tapi sampai part aku je yang cerita mesti bosan nak dengar. Cis.
Lagi satu cerita ni adik aku yang cerita. Minggu lepas dia balik rumah sebab takut dan asyik terbayang je. Dia cakap kawan dia ada mimpi dalam pukul 2 hinggi 3 pagi tu. Ha siapa yang baca time 2 3 pagi tu pergi cepat tidur sana! Balik pada cerita, roommate dia mimpi time dia buka pintu, ada seorang perempuan merangkak rambut panjang pergi dekat diorang. Ni yang rasa nak letak gambar ni. Tapi tahankan je tangan ni tak nak cari gambar tau. Okay tu je ceritanya, pendek je. Adik tak habis cakap lagi ayah dah buat lawak pasal cerita korea. Katanya kitorang banyak sangat tengok cerita korea dari baca Al-quran. Okay yang ni deep guys.
NOTE: Setiap yang ada dekat muka bumi ni pun makhluk Allah juga bukan manusia sahaja.
INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana