dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Thursday, March 01, 2018

Trip to Pahang : Cameron Highlands (Part 2)

ASSALAMUALAIKUM

Bermulalah trip ke Cameron Highlands part 2 dimana keesokkan harinya kami pergi Taman Mardi. Sebelum pergi ke taman mardi tu kitorang makan roti canai. Roti canai dekat situ sedap gila guys. Sebenarnya nak bagitahu dekat mana gerai tu tapi susah pula. Dia macam foodcourt tapi tak macam foodcourt sangat tau. Macam gerai makan yg selalu ada dekat kebayan tu. Siapa orang Johor dia tahulah kot kebayan tu apa. Roti sardin dia lagi murah dari dekat johor tau. Memang sedap gilalah pakcik tu buat.

Dulu pernah lalu je dekat are situ. Tak pernah pun terfikir nak masuk disebabkan kena bayar. So fikirlah dua tiga kali akhirnya masuk juga dalam tu. Even bayar seriously really worth it tau. So salah satu tempat yang aku suggest dekat korang bila pergi Cameron Highlands tu singgahlah ke Taman Mardi sana. Dalam dia ada banyak tempat yang menarik tau. Pemandangan kalau nak ambil gambar pun cantik gila tau.

Dekat situ dia ada banyak kawasan-kawasan yang dia dah asingkan. Contohnya first masuk tu semua orang akan diminta ambil gambar dengan maskod mickey mouse and minnie mouse. So kalau sesiapa yang agak-agak malas nak basuh gambar tu so beli jelah dekat diorang tu. Yelah zaman sekarang ni ambil gambar guna phone mana nak buat macam dulu lagi pergi kedai kodak basuh bagai. Seriously sekarang dah kurang gila. Banyak sangat perubahan yang kita boleh nampak sekarang. Agak-agak macam manalah zaman pada masa akan datangkan.

Kalau nak pegi Taman Mardi baik sangat kalau korang semua pergi time waktu siang pagi-pagi tu. Sebab bila dah tengahari panas dia boleh tahanlah. Tapi tak adalah panas sangat. Suam suam je tak macam panas dekat KL lah.


Inilah abang sis, nak ambil gambar dekat sini kena cepat-cepat snap sebab matahari dia mengahal ke mata betul sampai nak senyum pun rasa berkedut je muka tu


Tak tahu kenapa tapi suka sangat tengok dinding ni


Bukan sahaja ada burung, rumah arnah, kolam ikan pun ada tau


Even nampak gelap tapi pokok tu main peranan gila, lagi cantik dari aku


Okay lepas je habis pergi taman mardi tu kitorang pergi kedai yang jual kaktus. Dia dekat dengan area kedai bundle. Lepas je kitorang pergi sana tengah hujan tahu tak time tu. Serious sejuk gila! Sementara nak tunggu hujan reda sikit memandangkan kereta pun terletak jauh sikit dari kedai tu, tengoklah kedai-kedai dia jual topi dekat bahagian luar tu and sempatlah ambil gambar dengan topi walaupun tak beli. Alah takpe atleast aku dah beli kaktus dia.


Ha cantik tak topi tu. Harga dia dalam RM10 rasanya

Dah puas pergi dua tempat tu kitorang pun bertolak balik ke apartment. Kalau korang nak tahu even pergi dua tempat je pun tetap penat. Tak tahulah badan aku yang lembik ke apa, Tapi dah memandangkan hujan, kalau nak jalan pun dah tak sedap. Perut pun dah lapar, so baliklah ke apartment. Kitorang makan nasi putih dekat apartment je ibu yang masak time tu. Aku pula tolong adik aku buat homework. Yes guys adik aku yang bongsu tu suruh aku tolong buatkan homework dia. So sebagai kakak bantu jelah. 

Tamat untuk belah siang, belah malam tak ada banyak aktiviti pun. Just pergi dobi basuh baju tunggu dekat sejam sampai tersengguk-sengguk aku tidur. 


NOTE: Sesiapa yang belum pergi Cameron tu aku suggest pergilah, yang pergi sekali je tu pergilah lagi. Berbaloi tau.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana