ASSALAMUALAIKUM
Hi semua! Kalau siapa yang belum tahu tu mari sini akak nak bagitahu korang, bila korang dah sambung belajar kerja dalam berkumpulan seriously banyak sangat. Boleh dikatakan semua subjek yang korang akan ambil di universiti nanti majority ada assignment group. So, yang mana tak suka beri kerjasama tu bersiap sedialah. Nak tak nak korang kena buat juga. Dekat sini aku nak kongsi sikit apa yang kita perlu ada and buat untuk kerja berkumpulan ni. Ini semua berdasarkan pengalam aku sendiri.
Tips kerja berkumpulan:
Tips kerja berkumpulan:
- Beri ruang dengar pendapat atau idea orang lain
- Yes ni salah satu benda penting yang kena ada. Bukan orang lain je, diri sendiri tu kena ada dulu. Tak bolehlah kita nak dengar hanya idea seorang sahaja. Kalau rasa tak setuju its better korang berterus-terang. Jangan pendam! Disebabkan korang pendam inilah yang wujudkan perasaan malas nak beri kerjasama dari awal lagi.
- Menjadi penggerak
- Bila kerja berkumpulan ni mesti akan ada tolak menolak tugas sebagai "ketua". Kita mesti rebut peluang yang macam ni. Bukanlah ambil title ketua tetapi jadi penggerak dalam seseubah kumpulan. Kebanyakkannya orang kita ni selagi yang lain tak gerak, memang senyap jelah tak ada progress apa-apa. So sebab itulah aku galakkan sangat-sangat jadi ketua. Ketua tak bermakna kita ni gila kuasa. Ahli-ahli yang lain tu janganlah pandang serong bila ada seseorang yang suka mulakan tugas. Dia hanya cuba nak membantu kalau tak sampai bila-bila kerja tu tak siap karang. Bila dah jadi ketua tu janganlah pulak kau nak mengarahkan orang je. Buat sama-sama.
- Beri kerjasama dalam melakukan tugas
- Setiap orang ada kemahiran yang tersendiri. Kalau yang ketua tu kalau boleh kenal pastilah ahli group masing-masing dia ni berkemahiran dalam apa. So dari situ korang bolehlah bijak dalama membahagikan tugas dalam kumpulan. Kira juga kata sepakat, ketua janganlah terus arahkan je. Tanya pendapat ahli yang lain sama ada setuju atau tidak dengan tugas yang diberi. Ahli yang lain tu, bila dah dapat tugasan tolonglah siapkan dengan kadar segara. Janganlah tangguhkan kerja sampai orang lain terpaksa remind kau banyak-banyak kali. Kena ingat sendiri dan jangan paksa-paksa kawan siapkan kerja cepat-cepat. Mana yang dia tak mampu nak buat tu, bantu.
- Respond walaupun tak tahu
- Respond ni pun yang tersangatlah penting. Kadang-kadang kita ada group whatsapp untuk berhubung dengan mudah. Kalau dah orang tanya tu, tolonglah respond even korang tak tahu pun. Janganlah jadi silent reader. Dari situ orang akan fikir buruk pasal kau juga tahu. Walaupun kau buat kerja part kau sendiri, dah siap ke apa ke respond sahaja. Orang tak tahu apa kau buat, tak tahu kerja kau dah siap ke belum. So please, respond okay guys. Tak adalah sendu sangat nanti.
NOTE: Bila kerja berkumpulan ni kenalah banyak bersabar, jangan paksa orang ikut cara kita tapi sama-sama bincang cara mana yang mudah untuk diikuti.
INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana