ASSALAMUALAIKUM
Sebenarnya aku nak cerita tentang persahabatan aku dengan seorang kawan dulu time masing-masing ikut haluan masing-masing lepas je PMR dulu. Dia ni kira kawan yang rapat jugalah. Dalam kelas memang selalu dengan dia je. Bermulalah cerita.
Perpisahan amat menyakitkan. Terpaksa berpisah dengan orang yang kita rapat, sayang dan sebagainya. Bila dah naik form 4 lagi banyak dugaan. Homework kau tak payah cakap la. Kalau boleh setiap subjek yang kau belajar hari ini, semua ada homework. Nampak tak homeworkdengan kita tak boleh terpisah? Buddyz sangatkan? Tak boleh terpisah dengan homework boleh lagi. Terpisah dengan kawan? Itu tak boleh tahan.
Ceritanya aku terpaksa berpisah dengan kawan yang paling baik, rapat, caring, cute dan sebagainyalah. Dia la tempat aku luahkan perasaan. Dia la tempat aku lepaskan geram. Nanti tak adalah dengar suara suara yang nyaring menjerit "crush aku !". Dia sorang je yang berani mati menjerit macam orang nak terberanak depan crush dia sendiri. Gedikkan? Tapi gedik gedik pun tu la nanti yang aku rindu. Isnin ni dah tak nampak dah muka dia dekat sekolah. Cepatkan? Last jumpa dia semalam. Sebak betul rasanya. Kalau dia boleh bawa handfon dekat tempat tu kan seronok. Boleh la tiap malam berbual bergosip.
"farah !!! aku dapat masuk !"
Ingat lagi suara dia cakap macam tu semalam. Macam macam nada. Gembira. sedih. terkedu. Okay ayat tak payah nak skema sangat. Aku ada jugak ura-ura nak ikut dia masuk sana tapi ada halangan. So tak boleh la nak langgar macam tu je. Bila dia cakap dia nak aje bawa tudung yang aku kasik tu jadikan selimut menangis. Sedih betul dapat kawan macam ni. Mana ada orang nak jadikan tudung tu sebagai selimut. Aku kasik suruh pakai dekat kepala kau nak balut badan kau dengan selimut tu.
Sabtu ni ingat nak jumpa dia jenjalan window shopping ke. Sekarang tengah poket kosong so window jelah. Moga sabtu ni bukan la hari terakhir untuk kita selama menjadi kawan. Aku baru nak pasang hajat nak masuk pertandingan mural dengan dia lagi sekali. Kitorang dapat number satu wo tahun lepas. Lukisan tu akan dijadikan kenangan walaupun warnanya dah pudar. Sayang betul la tak letak autograf dekat situ .
So kata terakhir. Jaga diri selalu la ingat aku. Sembahyang jangan tinggal. Rajin-rajinlah berdoa, berzikir, buat solat hajat. Birthday aku jangan lupa tau awal tahun tu dan aku takkan lupa birthday kau setiap akhir tahun.
NOTE: Selagi masa berjalan persahabatan kita takkan pernah putus. InsyaAllah, take my word, love.
INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana