dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Monday, March 19, 2018

Trip to Melaka : Day 1 (Part 1)

ASSALAMUALAIKUM

Kalini punya entry throwback pegi melaka. Actually, semalam baru balik dari trip ni so harini terus update because i'm soo excited to tell you guys about this trip! Memandangkan aku orang Johor, memang dekatlah juga dengan melaka tu and boleh dikatakan banyak kali juga pergi sana. Tapi ni kali kedua pergi melaka dengan kawan. Waktu first dulu pergi dengan kawan-kawan dari matrik. Kalini pergi dengan kawan-kawan dari universiti pula.

Dengan anggaran RM250 je aku pergi sana (untuk seorang tau). Sebernya fikir dua tiga kali juga nak pergi melaka tu disebabkan dah banyak kali pergi sejak dari kecil lagi, Melaka tu pun rasa dah muak tengok muka aku. Tapi disebabkan kalini pergi dengan oreang lain, so tanya ayahibu, mintak izin diorang. Yes still minta izin kalau nak pergi mana-mana pun sebab aku belum kahwin lagi walaupun umur dah 20. Adik-adik yang dekat luar sana tu walaupun korang sambung belajar sekali pun, jauh dengan family, kalau nak pergi mana-mana tu mintalah izin ibuayah. Aku even nak pergi pasar malam dekat jalan reko tu pun minta izin tau. 

Berbalik pada cerita, hotel yang kami tidur seriously simple but comfortable yang teramat! Dua katil harga RM120 satu malam. But accond dia tak berapa nak sejuklah. Apapun tak kisah sebernarnya pasal hotel tu yang penting kami dapat pergi tempat yang dah pun kitorang rancang.

Hari pertama tu cadang sampai Melaka sentral je nak terus pergi AFamosa Water Theme Park. Kami pergi dengan naik bas dari TBS terus pergi ke melaka sentral. Time dah naik uber nak pergi water theme park tu, berbual dengan orang uber tu dia cakap sepatutnya naik dari kl transit je. Means tak payah naik bas, naik ktm lagi dekat and murah! Sebab dari melaka sentral nak ke water theme park tu 40minit and harga dia dalam RM30 untuk uber. Rasa nak marah je time tu and rasa macam kenapalah aku ni, dah masuk u pun still tak pandai tak boleh nak fikir. Apapun kitorang redha je sebagai pengajaran juga. 


Typical bila ada tiket, gambar ni mesti wajib ambil


Dah sampai water theme park tu harga tiket RM56 hanya untuk water theme park je dengan set makanan. Dekat AFamosa water theme park tu sebenarnya banyak pakej-pakej dia ada yang Safari dan lain-lain. Kitorang pilih tempat yang nak mandi tu je. Sewa dua boya harga RM30 tapi kena bayar RM60 dulu then nanti dia pulangkan balik RM30 tu lepas kita pulangkan boya tu. Bermulalah mandi manda dekat situ. Ada satu gelongsur tu dia tutup under maintainer. Actually, ada kes kenapa dia tutup permainan tu. Ada budak main benda alah tu meninggal sebab berselfie time main. Permainan tu agak extreme, so memang kena pegang boya kuat-kuat janganlah sesekali nak lepaskan tangan tu. Aku yang naik biasa-biasa tu je sampai tak keluar seuara nak menjerit.

Mandi area ni boleh dengki kawan macam budak-budak simbah air bagai



Set makanan yang disediakan (nasi putih, ayam masak merah, kobis goreng)
Air tu pun disediakan sekali.


Habis je main air tu semua barulah kitorang bertolak balik ke hotel. Lupa nak bagitahu kitorang pergi time weekend so everything quite expensive jugalah. Check in rehat sekejap then malam tu nak keluar balik. Trip malam sambung yang ke Part 2 punya. Feel free untuk baca kalau korang semua tak bosan nak baca. 


NOTE: honestly, suka gila AFamosa Water Theme Park tu berbanding Melaka Wonderland.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana