dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Monday, March 12, 2018

Boros

ASSALAMUALAIKUM

Kenapa student selalu boros? Adakah alasan dia seorang student yang belum cukup pengalaman dalam mengurus duit atau sebaliknya? Kadang-kadang selalu terfikir bila ada duit banyak boleh beli macam-macam. Tapi pernah tak terfikir, bila duit banyak itulah boleh jadikan kita seorang yang boros dalam berbelanja. Bukan sahaja orang lain, aku sendiri pun alami benda yang sama. Lagi-lagi aku ni student lagi. See, alasan student juga yang jadikan sebab kenapa boros. Bila masuk je ptptn, pergi shopping memang tak lekang dari fikiran ni. Duit masuk macam angin tapi keluar macam air. Boleh bayangkan kan betapa senangnya keluar masuk duit zaman sekarang ni.

Siapa je yang tak suka bercakap tentang duit. Duit masuk, duit keluar memang akan sentiasa sebut setiap hari. Menjadi seorang student memang mencabar. Untuk permulaan memang senang je dapat duit, bila dah grad kerja lagi banyak lagi duit yang kau kena pegang. Lagi banyak juga hutang yang kau kena bayar. Dulu boleh je kumpul duit dekat tabung, simpan then hujung tahun pecahkan memang suprise betul tengok tabung ayam tu. Tapi sekarang bila simpan je duit tiap-tiap hari seringgit mesti korek balik tabung bila dah hujung bulan. Beza gila kot hujung tahun dengan hujung bulan tu.

Boros pada aku bukan sekadar boros dalam hal duit sahaja. Tapi boros juga boleh dikategorikan boros masa ataupun kalau nak fahamkan korang adalah buang masa. Dekat rumah dulu bolehlah berdendang dayang senandung depan tv. Bila dah masuk asrama memang tak dapatlah kau nak tengok tv, kadang-kadang ada tv tu pun kau tak sempat nak buka. Dengan assignment yang berlambak, tutorial untuk mantapkan lagi kemahiran kau tu memang entah kemana jawabnya.

Adik-adik yang yang baca ni, jangan fikir tv sahaja, fikir juga masa yang kau luang dengan family. Nanti dah masuk kolej, u bagai memang susah nak spend time dengan family. Memang sekarang semua dah mudah boleh whatsapp ibuayah tiap-tiap hari, tapi ada sesetengah orang lupa daratan dik. Aku bukan nak takutkan korang, aku nak ingatkan korang je. Apa yang aku cakap ni bukan tengok orang lain je kadang-kadang diri sendiri pernah terbuat macam gitu. Nauzubillah. Jangan sebab kita jauh dengan family boleh jadikan tu alasan kau nak bebas boleh buat apa je yang kau suka.

Bila dah jauh dengan family barulah kau nampak macam mana diri kau tu. Bukan hanya soal duit sahaja tapi kesihatan kau, hubungan kau dengan Allah, dengan orang lain semuanya kau boleh nampak sendiri. Dulu dekat rumah ayahibu selalu ingatkan 'bangun, solat', 'bangun makan', 'bangun mandi','pergi kemas katil sana'. Tapi bila dah berjauhan dari situ kau nampak kau kena buat semuanya sendiri bukan bergantung pada orang lain.

Ayah selalu pesan belajar pandai-pandai, kakak dah ada peluang sekarang ambillah peluang tu. Jangan jadi macam ayah belajar sampai darjah 6 je sebab ayah tak ada peluang nak sambung. Ibu selalu ingatkan dekat kitorang adik-beradik nanti lepas belajar pandai-pandai, cari kerja yang bagus-bagus. Boleh beli rumah mana yang aku nak time tu.





NOTE: Peluang yang Allah beri jangan sesekali sia-siakan. Jangan kau abaikan hanya sebab tak nampak kesannya sekarang.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana