dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Saturday, May 05, 2018

Economics Majoring

ASSALAMUALAIKUM

Hi semua! Macam yang semua tengok dekat tajuk "Economics Majoring", so aku nak cerita serba sedikit pasal majoring untuk kos ekonomi dekat ukm ni. Mesti akan ada yang terfikir "ambil kos ekonomi ni ada kerja ke bila keluar nanti", "belajar apa eh kos ekonomi ni", mesti susah ni". Dulu waktu mula-mula aku nak pilih kos ni pun aku terfikir benda yang sama. Makcik-makcik jiran tak payah kiralah memang ramai cakap kos ni beratlah, itulah, inilah. Tapi Alhamdulillah buat masa ni aku boleh bawa lagi. So adik-adik yang masih keliru tu jangan risau. Selagi awak yakin dengan diri sendiri, InshaAllah semuanya senang.

Berbalik pada tajuk, major ekonomi dekat ukm ni ada 6 modul pengkhususan:
  1. ekonomi industri dan antarabangsa
  2. ekonomi monetari dan fiskal
  3. ekonometrik dan statistik gunaan 
  4. ekonomi islam
  5. ekonomi pembangunan dan sumber manusia
  6. ekonomi sumber & alam sekitar
Memandangkan aku masih tahun 1 lagi, so tak boleh nak share dengan korang sepenuhnya. Just boleh share gambaran keseluruhn sahajalah. Jangan risau, hujung first year, sem 2 nanti akan ada penerangan yang lebih jelas. 

Memula aku tertarik dengan major ekonomi pembangunan dan sumber manusia sebab memang dengar dari mulut-mulut orang ni yang cakap sekarang pekerjaan sebagai HR banyak kosong. So tertariklah dengan major ni. Tapi time semester 2 je, mulalah dengar-dengar cerita ekonometrik tu apa. Ekonometrik ni lebih kepada statistik. Kalau dengar je statistik tu mestilah kita tefikir kira-kira. So aku ni bukan yang jenis suka baca, lagi suka kira-kira mulalah tertarik dengan ekonometrik.

Okay aku nak bagi hint sikitlah and benda ni pun aku tahu dari salah seorang lecturer dekat ukm ni. (Mentor member aku). Lecturer tu cakap, sekarang negara Malaysi sedang menuju ke arah 4th industrial revolution. So kos yang sangat sesuai untuk ambil sekarang yang berkaitan dengan IT. Mungkin sesetengah pekerjaan boleh lenyap akan datang and robot yang gantikan semua tu. Tapi tak bermakna manusia tak ada kerja akan datang okay, Yelah kalau robot tu rosak, siapa yang nak baiki kan. Takkan kawan robot sebelah pulak. Manusia yang berkemahiran nilah yang akan bantu nanti. Bukan nak cakap kos yang lain tu tak bagus and tak jamin masa depan okay. Sekarang industri kita ni banyak yang cari talent yang ada kemahiran selain daripada bidang pengajian yang ada di universiti.

Ekonomi monetari dan fiskal ni boleh dikatakan teramat penting jugaklah dalam ekonomi. Dia berkaitan dengan dasar kewangan, dasar fiskal, penggubal dasar, penganalisis ekonomi dan lain-lain. Lebih kurang macam finance pun ada juga. So, sesiapa yang suka makroekonomi dekat matrikulasi tu bolehlah ambil major ni nanti. Anda semua jangan risau, jangan terlampau fikirkan pasal kerja ada ke tidak. Yang penting kita kena grab semua ilmu yang ada dalam dunia ni. Macam yang kita tahu dalam Al-Quran tak ada terus bercerita tentang solat. Ayat yang pertama diturunkan Iqra. Bacalah. So dari pembacaan tulah kita peroleh ilmu and tahu next action yang akan kita buat.




NOTE: Jangan jadi katak bawah tempurung yang tak tahulah langsung apa benda yang jadi dekat luar.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana