dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Tuesday, April 03, 2018

Camera trick

ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak rasa bila kita ambil gambar orang okay je lawa je sampai rasa diri ni layak dah jadi photographer, tapi bila orang ambil gambar kita mesti tak okay. Aku kalau bab gambar memang cerewet. Angle dia, colour, brightness dia tak payah ceritalah even boleh je kau edit balik gambar tu nanti. Muka tak puas hati tu tak payah ceritalah sampai orang sekeliling pun ingat kau ni gedik semacam je. Aku suka guna camera phone adik berbanding phone sendiri. Padahal adik pakai OPPO A37 je tapi camera dia memang lawa even camera depan pun tau. Aku guna vivo je dulu beli pun sebab nak penuhkan ruang kosong phone asus yang dah berapa kali barai tu.

Kalau korang nak tahu camera trick ni senang je. Kebanyakkanya yang perempuan memang suka nampak tinggi dalam gambarkan. Aku dah pernah buat experiment and memang menjadi gila tau. Kalau nak nampak tinggi dalam gambar korang kena kaki satu silang kedepan. Kalau dua-dua kaki sama rata terkangkang sikit tukan memanglah akan nampak pendek tau.

Macam mana nak gambar nak live gitu. Kadang-kadang kita ni bukannya guna camera yang mahal tak pun bukanlah seorang yang fotogenik. Tapi untuk nampak yang kita ni seorang yang profesional dalam gambar atau ambil gambil, korang kena ambil banyak-banyak kali. Senang cerita orang cakap candit jelah. Kau tak payah nak suruh orang tolong kirakan kau 123 bagai. Suruh je dia snap banyak-banyak kali. Then balik rumah tu barulah puas hati nak pilih yang mana.


Tada! Contoh gambar candit yang aku ambil.


Bila fikir balik bukan salah orang yang ambil gambar tu tapi salah diri kau sendiri yang tak berapa nak cantik (untuk diri sendiri okay ni, bukan kau yang tengah baca tu). Kadang-kadang sedih tengok gambar adik semua cantik-cantik. Kalau pandai posing, yakin even kau tak cantik ke gemuk ke gambar tu akan jadi cantik juga.


NOTE: Jangan jadi angsa yang berjalan sama dengan itik, tapi jadi itik yang berjalan sama dengan angsa.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana