ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Pejam celik dah masuk puasa yang keempat dah. Dalam bulan yang mulia ni elok memperbanyakkan lagi ibadah. Kalau nak tahu tidur ini pun dianggap ibadah dalam bulan puasa. Mesti ada segelintir yang fikir betul ke tidur ni ibadah dan dikira dapat pahala? Tak ke kalau tidur sahaja boleh menjerumuskan kepada pembatalan puasa?
Harini aku nak bagi sedikit sebanyak daripada pembacaan dan apa yang aku tahu daripada facebook. Tidur yang dianggap ibadah ini apabila seseorang berniat untuk tidur bagi mendapatkan tenaga untuk melakukan ibadah lain. Kiranya dia tidur sekejap untuk berehat untuk melakukan kerja-kerja lain seperti bertukang dan lain-lain. Kerja-kerja yang mulia sahaja okay. Selain tidur untuk memperoleh tenaga untuk melakukan solat nanti.
Tidur bukan dianggap satu ibadah apabila seseorang tidur hanya untuk saja-saja. Sekadar nak lelapkan mata sebab bosan ke bermalas-malasan dari pagi sampai ke petang. Macam dah tak ada life dah. Ha itu bukan namanya ibadah okay.
So marilah sama-sama kita saling mengingati dengan orang disekeliling. Kalau ada kawan yang kaki malas tu melepek je muka, rajin-rajinlah tegur dia. Mungkin ada sesetengah orang tak sedar atau tidak tahu tentang ni. Dengar je tidur ni satu ibadah, terus marathon tidur, nak buka nanti baru bangun. No, itu tak betul okay.

NOTE: Mari kumpulkan pahal banyak-banyak di bulan yang mulia ini.
INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana
No comments:
Post a Comment