ASSALAMUALAIKUM
Walaupun dah masuk universiti, dah jauh dengan family, dalam masa yang sama assignment yang berlambak bagai tu boleh je kita tolak ke tepi and manjakan diri ni. Chinese new year baru-baru ni, memang tak kan lepaskan peluang cuti tu sia-sia macam tu je. So family semua decide untuk pergi jalan-jalan makan angin cuci mata dengan family dan tambah kilos dalam badan ni. Tempat yang kitorang pergi ialah Cameron Highlands untuk kali yang ketiga! Yes memang betul korang baca kali ketiga! Dah tiga kali pergi pun still tak bosan okay.
Bezanya kalini kami pergi sebab lama sikit dekat cameron tu. Takdelah lama mana tapi dua malam tidur sana. Sebelum ni tidur sehari je dekat sana. Selebihnya menghabiskan masa dalam kereta sampai kau rasa boleh rata punggung kau tu. Tiga hari dua malam dekat sana memang best and kitorang pergi dekat tempat yang tak pernah pergi pun sebelum ni.
Actually, sebelum bertolak ke cameron time tu, aku ada dekat u. So family semua gerak dari Johor singgah Bangi kejap ambil aku then terus bertolak ke cameron. Kalau korang nak tahu, time kitorang naik ke atas sana time tu guna jalan tapah. Siapa je yang tak tahu jalan tapah tu macam mana kan. Bukan sebab keras okay guys tapi kawasan situ tak ada lampu so dengan bantuan lampu kereta jelah naik ke atas time tu. And kitorang naik ke cameron time tu around pukul 3! Serious okay ni tak main-main. Ibu time tu taknak naik pun ibu cakap takut, tak ada orang lalu so kalau jadi apa-apa susah. And bila nak keluar je dari tol time tu adalah 2, 3 kereta belok ke arah tapah tapi diorang tak belok ke jalan tapah pun. Diorang belok jalan lagi satu. Bermulalah adventure untuk lalu jalan tapah sendiri.
Then, kami pun sampai ke cameron betul-betul subuh. Sampai sana subuh sejuknya dia memang tak terkira betul. Mujurlah time tu dah pakai baju sejuk siap-siap. Lepas je solat terus kitorang jalan-jalan sekejap sebelum cari kedai makan. Sepatlah juga kitorang bergambar dekat area tempat kedai makan dekat situ. Tempatnya tak adalah lawa mana tapi kalau dah jadi gambar memang lawa sangat-sangat.
Then, kami pun sampai ke cameron betul-betul subuh. Sampai sana subuh sejuknya dia memang tak terkira betul. Mujurlah time tu dah pakai baju sejuk siap-siap. Lepas je solat terus kitorang jalan-jalan sekejap sebelum cari kedai makan. Sepatlah juga kitorang bergambar dekat area tempat kedai makan dekat situ. Tempatnya tak adalah lawa mana tapi kalau dah jadi gambar memang lawa sangat-sangat.
See cantikkan pemandangan dia. Seriouly inlove gila dengan gambar ni (taken by adik)
Puas je bergambar terus pergi makan. Nextnya, pergi tempat lain pula iaitu ladang teh pula. Tak ingat nama ladang teh tu macam teh boh macam bukan. Tempat tu abang yang suggest sebab dia pernah pergi area situ untuk hiking. Sebab dulu-dulu selalu pergi bharat teh je. So untuk kelainan kali ni, kita pergi tempat teh lain pula. Tak adalah lain mana nampak sama je daun dia tu tapi yang lainnya mood kamilah. Kalau pergi tempat yang sama memang tak ada feel langsunglah macam mula-mula pergi dulu kan.
Check in pula kami ke apartment yang kitorang book tu. Seriously aku reccomand gila dekat korang semua kalau bercuti dengan family better book apartment. Nak tahu sebab apa situ lebih selesa, feel macam korang dekat rumah sendiri. Boleh memasak, hiasan dalaman pun nampak macam kita yang deco apartment tu tau. Memasak tu memang wajib sebab satu hari tak rasa air tangan ibu memang tak sah (kalau ibu ada depan mata sahaja ok, dekat kolej memang tak dapat).
Belah malamnya pula macam biasalah kalau dah ke cameron ni memang tak sah kalau tak pergi pasar malam dia. Seriously kau kena try burger bakar dia memang sedap gila. Lagi-lagi burger bakar ayam. Selalunya kalau beli burger mesti beli yang daging tapi haritu rasa nak beli ayam memang sedap yang teramat. Daging punya pada aku agak kurang sikitlah. Sayur-sayuran dekat situ tak payah ceritalah. Semua segar-segar korang tak payah nak belek-belek tengok mana yang okay. Memang segar semuanya. Oh ya lagi satu, pasar malam tu dah beralih tempat. Okay itu sahaja untuk part 1 nanti akan sambung ke part 2 cerita tentang hari keesokkannya.
NOTE: Pergi tempat yang sama even banyak kali tak membosankan okay, time tulah kau boleh rewind balik kenangan yang dulu.
INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana