dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Tuesday, March 20, 2018

Trip to Melaka : Day 1 (Part 2)

ASSALAMUALAIKUM

Hi readers! So sambung trip ke Melaka part 2. Just nak reminded yang entry sebelum ni adalah cerita tentang Afamosa Water Theme Park. So siapa yang belum baca lagi tu bolehlah baca ye. Tapi jangan risau entry yang kedua ni tiada sambungan dari cerita yang pertama (mean tempat yang berlainan untuk ni). Part 2 ni cerita tentang tempat yang kitorang pergi belam malam pula.

Lepas je solat maghrib, siap-siap terus pergi Dataran Pahlawan yang hanya lebih kurang 5 minit je  (kalau korang berlari) dari hotel tempat kitorang duduk tu. Rasanya sangat berbaloi tempah hotel dekat area situ. Kitorang pergi Dataran Pahlawan masuk dalam nak cari seluar sebenarnya tapi takde langsung yang berkenan. Atlast member beli baju dekat Brand Outlet.

Then pergi pasar malam (okay tak ingat apa nama dia sebenarnya ada nama specific dia tapi lupa) dekat dengan taming sari tu. Pergi sana nak puaskan craving kawan nak makan apam balik kesayangan dia tu. So bila pergi sana yang perempuan tu percayalah korang akan rambang mata. Seriously tak ada niat nak beli benda alah tu pun akan terjebak beli tau. At the end terbelilah 2 helai baju tshirt lengan panjang and dua-dua tu corak belang-belang. Sis memang tak tahan kalau tengok bena murah ni. Kalau korang nak tahu ada sesetangah perempuan ni baju dia tak adalah mahal mana, yang penting time beli tu harga murah boleh dapat berhelai-helai.

Penat berjalan perut pun mula bersayonara, last makan pun time dekat water theme park tu kan. Singgahlah satu kedai ni makan nasi goreng ikan masin. Okay yang ni favourite gila! Sambil makan sambillah tengok bola live Melaka vs siapa tah. Sorry sis memang tak minat bola tapi akan cuba memahami bakal suami yang minat bola nanti ye lol.

Dah kenyang ingat nak pergi taming sari naik basikal jalan keliling tapi budget dah lari. Part jalan dekat area taming sari naik basikal tu aku reccomand gila. Dulu memang pernah pergi time dengan budak matrik naiklah basikal kembar 3 tu. Time naik basikal tu memang kau nampak siapa kawan siapa lawan. Yang duduk tengah memang dengki gila sampai tak nak kayuh! So korang boleh tinggalakan je kawan macam tu dekat tepi jalan okay lol. So sebelum balik hotel tu singgahlah Mcd jap nak beli Mcflurry. Okay ni je untuk part 2, part 2 ni takde gambar yang menarik nak tunjuk sebab tak ambil gambar pulak time tu. Bolehlah sambung tengok untuk Day 2 pulak nanti. 


NOTE: sorry guys, dah habis baru ingat nama pasar malam tu. Uptown nama dia.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana