dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Monday, April 16, 2018

Short Sem

ASSALAMUALAIKUM

Hi readers! Bagus ke tak ambil short sem ni. Memang rasa dalam dilemma nak ambil short sem atau tak. Short sem ni tak lama, cuma dua bulan je. And dua bulan tujugaklah banyak duit nak guna. Sebenarnya pada aku short sem ni ada pros and cons juga. Untung sangat kalau universiti ni dia buat shortsem. Kalau korang nak tahu, tak banyak u dan tak semua kos short sem ni ditawarkan. Contohnya macam ukm ni yanag aku tahu short sem ada budak fakulti ekonomi dan pengurusan (fep).

Kenapa aku cakap short sem ni untung? Kalau korang nak tahu budak fep ni tak lama pun study dekat ukm ni. Cuma tiga tahun sahaja. Yang empat tahun tu untuk yang khas macam kos perakaunan. So ukm ni dia tak naklah ada student yang tak boleh nak graduate hanya sebab tak cukup jam kredit. So bila tak cukup, terpaksa kena extend. Itulah salah satu sebab kenapa short sem ni.

Short sem ni tak ambil masa yang lama pun. Untuk tahun pertama aku dekat ukm, tak ambil langsung short sem sebab tinggal satu subjek je. So rasa macam sayanglah duit tu kan. Bila congak-congak dekat RM3K juga wey! Aku ni bukanlah orang yang berada sangat. Tu yang tak ambil short sem tu. Kiranya aku bawa subjek tu tahun 2 nanti. Mungkin memang agak berat tapi pada aku really worth it. Selama 2 bulan cuti tu nanti bolehlah aku kerja buat tambah duit.

Tapi untuk yang subjek banyak tu aku sarankan kau ambillah short sem. Kau jangan ikut senang sekarang je. Time first year nilah kau boleh bersenang lenang sikit. Dah masuk second year nanti tahulah nasib korang semua. Memang banyak kerja guys. So janganlah lengahkan. Macam sembahyang juga, bila kau lengahkan memang susah hatilah kita ni.




NOTE: Risk more, fear less


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

No comments:

Post a Comment