dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Monday, April 30, 2018

Eating healthily

ASSALAMUALAIKUM

Hi guys, actually this is my topic for my group assignment subject Academic Communication. The topic is about tips to achieve optimal health by eating healthily. The connection between eat healthy and optimal health is strongest than any tips. For example exercise or sleep. The connection between this two is because diet doesn't always work. To have long lasting result, we need to make changes to our lifestyle and eating habits. Here is a few tips that eating healthy foods will contribute to optimal health.

  1. Eat according to the healthy eating pyramid
    • If you guys want to know, the widest part at the bottom is the most important.
    • Its shows daily excercise and weight control.
  2. Avoid eat junk food
    • Contains large amounts of carbohydrates, added sugar, unhealthy fats and sodium.
    • Leading causes of death and increases the risk of numerous diseases.
  3. Do not skip breakfast
    • People mind set by skipping breakfast help to lose weight.
    • Have been shown to have positive effects.
Living in a healthy state is the dream of everyone. Even when we die, we want to die in a state of healthy body condition. So, eating the right foods is the key. 

Refferences
  • https://jamesclear.com/eat-healthy#The%20Importance%20of%20Environment%20for%20Healthy%20Eating 
  • https://health.gov/dietaryguidelines/2015/guidelines/chaptforker-1/the-science-behind-healthy-eating-patterns/ 
  • https://www.forksoverknives.com/17-easy-tips-make-healthy-eating-way-life/#gs.y4ZHMg8 
  • http://www.summertomato.com/how-toeat-less-without-noticing 





NOTE: Eating the right foods is the key!


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Friday, April 27, 2018

Duit Tepi

ASSALAMUALAIKUM

Kalini aku nak bagi tips sikit dekat student-student yang masih lagi belajar yang nak cari duit tepi tu. Yelah duit pt kalau ikutkan tak cukup pun. So dari segi pengalaman aku lah ni dan apa yang aku buat untuk tambah duit tepi. Aku jual baju-baju, beg dan kasut melalui instagram dan facebook. Kalau budak muda zaman sekarang sebut facebook je mesti korang fikir macam orang tua kan. Ya memang nampak gaya macam orang tua tapi facebook nilah yang akan banyak bantu orang-orang bisnes tau.

Apa yang aku nampak antara facebook dengan instagram ni, facebook lagi laku untuk jual barang berbanding instagram. Yang ini aku tak tipu okay, korang boleh try nanti. Facebook ni dia ada page group dan kalau nak beriklan tu ada syarat-syarat dia. Bukan main hentam post iklan dekat group tu. Nanti korang boleh tengok dekat pinned message group tu. Dia ada bagitahu.

Jual barang online ni serious masyuk gila. Tiap-tiap bulan tu mesti ada customer. Terutama time bulan puasa semua. Korang tak payah susah-susah jadi agent bagai, boleh kalau nak buat tapi as a student banyak lagi commitment lain. So korang jadi dropship yang free yuran pun boleh. Harga biasa korang boleh markup sendiri.

Selain jual barang-barang di atas tu korang boleh jual juga topup dan makanan. Macam aku try jual makanan korea. Range harga tak mahal pun antara RM7-RM10. Serious berbaloi sangat-sangat sebab makanan korea ni tak ada jual dekat UKM. So aku denga roommate pakat-pakatlah jual makanan tu. Tak payah buat tiap-tiap hari pun tak apa. Macam kami buat seminggu sekali. So orang tak adalah bosan, mesti dia akan tertunggu-tunggu bilalah nak ada. Yang makanan ni aku tak masak pun okay. Kitorang just cari-cari orang yang jual dekat facebook then order dekat dia. Harga macam biasa markup sendiri.

See korang boleh nampakkan facebook tu teramatlah berguna. Dulu waktu mula-mula masuk ukm kena ada facebook. Sebab kebanyakkan info daripada situ. Aku fikiran kolot gila time tu. Tak habis kutuk kenapa guna facebook macam orangtualah. Tapi sekarang barulah sedar facebook ni membantu kita. Nak tengok movie pun banyak, clear and full lagi tau berbanding youtube tu.




NOTE: Rezeki datang dan pergi, kalau tak ada untung tu janganlah bersedih. Perlahan-lahan kita naik okay.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Monday, April 23, 2018

Group Assignment

ASSALAMUALAIKUM

Hi semua! Kalau siapa yang belum tahu tu mari sini akak nak bagitahu korang, bila korang dah sambung belajar kerja dalam berkumpulan seriously banyak sangat. Boleh dikatakan semua subjek yang korang akan ambil di universiti nanti majority ada assignment group. So, yang mana tak suka beri kerjasama tu bersiap sedialah. Nak tak nak korang kena buat juga. Dekat sini aku nak kongsi sikit apa yang kita perlu ada and buat untuk kerja berkumpulan ni. Ini semua berdasarkan pengalam aku sendiri.


Tips kerja berkumpulan:

  • Beri ruang dengar pendapat atau idea orang lain
    • Yes ni salah satu benda penting yang kena ada. Bukan orang lain je, diri sendiri tu kena ada dulu. Tak bolehlah kita nak dengar hanya idea seorang sahaja. Kalau rasa tak setuju its better korang berterus-terang. Jangan pendam! Disebabkan korang pendam inilah yang wujudkan perasaan malas nak beri kerjasama dari awal lagi.
  • Menjadi penggerak
    • Bila kerja berkumpulan ni mesti akan ada tolak menolak tugas sebagai "ketua". Kita mesti rebut peluang yang macam ni. Bukanlah ambil title ketua tetapi jadi penggerak dalam seseubah kumpulan. Kebanyakkannya orang kita ni selagi yang lain tak gerak, memang senyap jelah tak ada progress apa-apa. So sebab itulah aku galakkan sangat-sangat jadi ketua. Ketua tak bermakna kita ni gila kuasa. Ahli-ahli yang lain tu janganlah pandang serong bila ada seseorang yang suka mulakan tugas. Dia hanya cuba nak membantu kalau tak sampai bila-bila kerja tu tak siap karang. Bila dah jadi ketua tu janganlah pulak kau nak mengarahkan orang je. Buat sama-sama.
  • Beri kerjasama dalam melakukan tugas
    • Setiap orang ada kemahiran yang tersendiri. Kalau yang ketua tu kalau boleh kenal pastilah ahli group masing-masing dia ni berkemahiran dalam apa. So dari situ korang bolehlah bijak dalama membahagikan tugas dalam kumpulan. Kira juga kata sepakat, ketua janganlah terus arahkan je. Tanya pendapat ahli yang lain sama ada setuju atau tidak dengan tugas yang diberi. Ahli yang lain tu, bila dah dapat tugasan tolonglah siapkan dengan kadar segara. Janganlah tangguhkan kerja sampai orang lain terpaksa remind kau banyak-banyak kali. Kena ingat sendiri dan jangan paksa-paksa kawan siapkan kerja cepat-cepat. Mana yang dia tak mampu nak buat tu, bantu.
  • Respond walaupun tak tahu
    • Respond ni pun yang tersangatlah penting. Kadang-kadang kita ada group whatsapp untuk berhubung dengan mudah. Kalau dah orang tanya tu, tolonglah respond even korang tak tahu pun. Janganlah jadi silent reader. Dari situ orang akan fikir buruk pasal kau juga tahu. Walaupun kau buat kerja part kau sendiri, dah siap ke apa ke respond sahaja. Orang tak tahu apa kau buat, tak tahu kerja kau dah siap ke belum. So please, respond okay guys. Tak adalah sendu sangat nanti.




NOTE: Bila kerja berkumpulan ni kenalah banyak bersabar, jangan paksa orang ikut cara kita tapi sama-sama bincang cara mana yang mudah untuk diikuti.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Monday, April 16, 2018

Short Sem

ASSALAMUALAIKUM

Hi readers! Bagus ke tak ambil short sem ni. Memang rasa dalam dilemma nak ambil short sem atau tak. Short sem ni tak lama, cuma dua bulan je. And dua bulan tujugaklah banyak duit nak guna. Sebenarnya pada aku short sem ni ada pros and cons juga. Untung sangat kalau universiti ni dia buat shortsem. Kalau korang nak tahu, tak banyak u dan tak semua kos short sem ni ditawarkan. Contohnya macam ukm ni yanag aku tahu short sem ada budak fakulti ekonomi dan pengurusan (fep).

Kenapa aku cakap short sem ni untung? Kalau korang nak tahu budak fep ni tak lama pun study dekat ukm ni. Cuma tiga tahun sahaja. Yang empat tahun tu untuk yang khas macam kos perakaunan. So ukm ni dia tak naklah ada student yang tak boleh nak graduate hanya sebab tak cukup jam kredit. So bila tak cukup, terpaksa kena extend. Itulah salah satu sebab kenapa short sem ni.

Short sem ni tak ambil masa yang lama pun. Untuk tahun pertama aku dekat ukm, tak ambil langsung short sem sebab tinggal satu subjek je. So rasa macam sayanglah duit tu kan. Bila congak-congak dekat RM3K juga wey! Aku ni bukanlah orang yang berada sangat. Tu yang tak ambil short sem tu. Kiranya aku bawa subjek tu tahun 2 nanti. Mungkin memang agak berat tapi pada aku really worth it. Selama 2 bulan cuti tu nanti bolehlah aku kerja buat tambah duit.

Tapi untuk yang subjek banyak tu aku sarankan kau ambillah short sem. Kau jangan ikut senang sekarang je. Time first year nilah kau boleh bersenang lenang sikit. Dah masuk second year nanti tahulah nasib korang semua. Memang banyak kerja guys. So janganlah lengahkan. Macam sembahyang juga, bila kau lengahkan memang susah hatilah kita ni.




NOTE: Risk more, fear less


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Saturday, April 14, 2018

Ayah

ASSALAMUALAIKUM

Hi readers! Topik hari ini nak cerita tentang ayah. Haritu dapat whatsapp dari ibu cakap ayah tak sihat masuk hospital. Time tu memang rasa nak menangis terus. Tapi ada roommate so malulah kan nak menangis depan dia. Jadi kita pendam sahaja, nangis pun senyap-senyap tekup muka dengan tuala.

Cakap tentang kehilangan orang yang tersayang bila sambung belajar ni memang selalu sangat kita dengar. Benda ni memang semua orang kena bersiap sedia. Itu menunjukkan kita ni dah semakin tua, apatah lagi ibuayah kita. Time tu memang aku ada test malam esok and ibu pulak time tu nak berbual  dengan adik-beradik aku yang lain tapi terbebual dekat group besar. So dari situlah aku tahu. Yes sedih memang sedih, ni baru ayah sakit. Tak dapat nak bayangkan kalau orang yang kita sayang pergi selama-selamanya nanti.

Memang daripada sekolah lagi ayahibu selalu sakit. Aku memang redha dengan ujian yang Allah berikan. Ni tandanya Allah nak uji aku, nak aku jadi semakin kuat dan matang. Ayah memang ada sakit jantung. Bukan nak mendoakan tapi just nak share dengan korang semua. Kita kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Bila seseorang yang kita sayang pergi, kitalah yang bantu bagi kekuatan pada orang lain yang masih ada disisi kita nanti.




NOTE: Kita kena selalu ingat orang yang baik-baik ni banyak yang pergi dulu sebab Allah sayang.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Sunday, April 08, 2018

Study Jauh atau Dekat

ASSALAMUALAIKUM

Hi everyone! Feeling good dapat type untuk entry baru. Memandangkan final just around the corner, so memang tak banyaklah cerita yang menarik aku rasa nak cerita dekat sini. So aku ambil idea cabaran-cabaran yang aku hadapi sebelum final exam. Siapa je yang tak ada cabaran langsungkan nak dekat dengan final exam ni. Entry ni bukan juga menakutkan adik-adik, akak just nak share je dengan anda semua. Orang kata nak bagi gambaran dulu sebelum korang semua melangkah masuk ke alam lain.

Seriously, aku bersyukur sangat dapat masuk universiti yang dekat dengan negeri johor ni. By the way, aku masuk ukm so memang dekat jugaklah dengan johor ni. Just 4jam setengah je kalau tak jemlah. Dulu memang mengharap sangat dapat masuk uum tapi memang tak ada rezeki sis dekat sana. So bila dah dapat surat tawaran masuk sini tu memang bersyukur gila tambah lagi dapat kos yang kita nak. Tak sangka sebenarnya dapat masuk sini sebab rasa time interview dulu tu macam aku ni lah yang paling kurang pengetahuan nak-nak kalau bab ekonomi ni. And yes ukm ni pilihan pertama aku. Memang nak masuk sini lepas je interview tu hati beralih ke uum pulak, tapi Alhamdulilah rezeki dapat dekat sini (nanti aku buat entry soalan-soalan interview kos ekonomi aku dulu)

Nak tahu kenapa aku cakap dapat masuk universiti yang dekat dengan rumah ni best? First, kau boleh balik bila-bila masa sahaja hahaha. Memang cepat habislah duit pt kalau gini gayanya. Sebenarnya ada pros and cons jugalah. Kalau universiti jauh ni bila balik sekali sekala barulah rasa rindu family tu syok. Bila balik tu kau berebut nak peluk ibuayah, nak minta makanan macam-macam pun parents hulur je. Actually, study dekat ukm ni pun aku jarang balik sebenarnya. Kekadang 3 bulan sekali baru balik. Yelah banyak lagi commitment korang dekat sini selain dari belajar tau. Cuti kalau 2 hari tu memang tak berbaloilah nak balik geng.

Second point, bila mula je cuti sem. Siapa je yang tak suka cuti sem kan. Tapi bila nak cuti balik rumah tu kau nak tunggu 2/3 bulan lagi terpaksalah angkut segala barang yang kau bawa sem 1 dulu tu. Aku dulu punyalah beria bawa barang macam nak pindah rumah suami gayanya, sampai terpatah roda dia (beg tu pun pandai nak protes dekat tuan tau, so janganlah abaikan perasaan dia tu). So bila kau nak angkut je barang mana yang u jauh tu mestilah tak bawa balik. Kalau jenis parents tak kisah, so tak kisahlah. Pointnya dekat sini u yang dekat dengan rumah macam aku ni parents boleh datang ambil barang. Terutama budak yang first year, sesiapa yang rasa tak aktif dekat kolej tu jangan berharaplah kau dapat stay situ untuk tahun 2, kena standby cari rumah sewa sementara nak mohon kolej lain.

Next point, kenderaan! Seriously aku rasa ni penting gila especially yang mana duduk luar universiti tu. Sekali lagi aku ulang u yang dekat dengan rumah ni berbaloi sebab kau boleh bawa kereta ke tempat belajar. Kalau motor tu kisah sangat boleh pos. Mana yang berani bawa jalan jauh tu mesti tak kisah tapi untuk aku yang tak berapa nak berani ni kisah sangat-sangat. Mungkin tak semua orang macam aku. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain guys. Okay harap ada kaitan. And sesiapa yang tak ada lesen tu aku sarankan kau buatlah lesen. Kumpul duit lepas spm tu, memang membantu kau gila bila dah jauh dengan family ni. Bukan nak cakap wajib ambil lesen, just nak bagi pendapat kelebihan bila kau ada lesen ni. Ada setengah daripada kita yang kurang berkemampuan, so aku faham dekat situ. So kau janganlah paksa parents kau suruh bayar, kau kumpul duit bantu ibuayah untuk duit nak masuk u nanti. Lagi banyak pakai.



NOTE: Jangan fikir best sekarang, fikir apa yang kita dapat dengan keputusan yang kita buat tu.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Thursday, April 05, 2018

Kenangan di Zoo

ASSALAMUALAIKUM

Kita nak cerita sikit zaman dulu-dulu time kecil lagi. Zoo bagai ni semua memang port yang paling wajib kena pergi time kecil dulu. Orang utan. Kenapa dengan orang utan? Inilah yang aku nak cerita.

Time tu pergi zoo dekat Melaka. Memang tak pernahlah kan jumpa orang utan depan-depan. So perasaan excited tu bercambah-cambah guys. Tiba giliran aku nak ambik gambar dengan monyet tu aku diri sebelah monyet sensorang. Adik-beradik aku yang lainberdiri kat sebalah lagi satu. Berdirilah aku sorang-sorang .

Monyet tu apa lagi dia ambik kesempatan kau. Dia peluk aku macam buat jejak kasih. Dia peluk aku macam tak nak lepas tahu . Mata aku apa lagi dah mula bergenang dah. Badan mengggigil habis. Masa tu aku rasa nak nangis time tu juga. Alah biasa umur darjah dua lagi time tu. Takutlah. Belum nangis pun lagi. Baru nak feel.

Ambillah beberapa keping gambar buat kenangan, dengan muka aku yang senyum terpaksa tu. Monyet tu senyum lagi lebar dari aku. Dia tak senyum pun nampak macam dia senyum. Itulah pengalaman. Walau apa pun, aku sayang monyet secukup rempah secukup rasa. Sayangilah haiwan sebagai mana Saidina Abu Hurairah R.A. yang amat mengasihi binatang sehingga beliau mendapat gelaran Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing .


NOTE: Dugaan yang datang jadikan seseorang lebih tabah bukannya serik.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Tuesday, April 03, 2018

Camera trick

ASSALAMUALAIKUM

Pernah tak rasa bila kita ambil gambar orang okay je lawa je sampai rasa diri ni layak dah jadi photographer, tapi bila orang ambil gambar kita mesti tak okay. Aku kalau bab gambar memang cerewet. Angle dia, colour, brightness dia tak payah ceritalah even boleh je kau edit balik gambar tu nanti. Muka tak puas hati tu tak payah ceritalah sampai orang sekeliling pun ingat kau ni gedik semacam je. Aku suka guna camera phone adik berbanding phone sendiri. Padahal adik pakai OPPO A37 je tapi camera dia memang lawa even camera depan pun tau. Aku guna vivo je dulu beli pun sebab nak penuhkan ruang kosong phone asus yang dah berapa kali barai tu.

Kalau korang nak tahu camera trick ni senang je. Kebanyakkanya yang perempuan memang suka nampak tinggi dalam gambarkan. Aku dah pernah buat experiment and memang menjadi gila tau. Kalau nak nampak tinggi dalam gambar korang kena kaki satu silang kedepan. Kalau dua-dua kaki sama rata terkangkang sikit tukan memanglah akan nampak pendek tau.

Macam mana nak gambar nak live gitu. Kadang-kadang kita ni bukannya guna camera yang mahal tak pun bukanlah seorang yang fotogenik. Tapi untuk nampak yang kita ni seorang yang profesional dalam gambar atau ambil gambil, korang kena ambil banyak-banyak kali. Senang cerita orang cakap candit jelah. Kau tak payah nak suruh orang tolong kirakan kau 123 bagai. Suruh je dia snap banyak-banyak kali. Then balik rumah tu barulah puas hati nak pilih yang mana.


Tada! Contoh gambar candit yang aku ambil.


Bila fikir balik bukan salah orang yang ambil gambar tu tapi salah diri kau sendiri yang tak berapa nak cantik (untuk diri sendiri okay ni, bukan kau yang tengah baca tu). Kadang-kadang sedih tengok gambar adik semua cantik-cantik. Kalau pandai posing, yakin even kau tak cantik ke gemuk ke gambar tu akan jadi cantik juga.


NOTE: Jangan jadi angsa yang berjalan sama dengan itik, tapi jadi itik yang berjalan sama dengan angsa.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana