ASSALAMUALAIKUM
Seperti yang semua maklum, bulan puasa ini berpusu-pusu orang muslim berebut nak kumpul amalan-amalan untuk bekal kita di akhirat kelak. Dalam mengumpul amalan tu kena juga sebati dengan elakkan perkara-perkara yang jahat. Syaitan dah kena ikatkan. Kalau buat jahat juga tak tahulah itu manusia atau apa. Semua orang hari berjalan seperti biasa walaupun puasa tetap kena bekerja untuk mencari rezeki. Tetap pergi ke sekolah atau kuliah untuk menuntut ilmu. Antara amalan-amalan yang boleh kita amalkan sepanjang bulan ramadhan ini ialah:
- Sahur
- Dengan bersahur ni dari situlah kita dapat tenaga untuk dibekalkan di siang hari nanti. Tak adalah lembik je nak pergi kerja. Otak pun berfungsi dengan pantas. Tak payah nak acah-acah diet kenyang okay.
- Membaca Al-Quran
- Kadang-kadang sebelum tunggu habis waktu bersahur tu bolehlah baca Al-Quran dulu. Waktu lain confirm macam-macam alasan bagi (ni dari pemerhatian dalam diri aku sendiri). So waktu yang sangat sesuai dibuat sebelum atau selepas subuh. Rasa tenang je baca pagi-pagi tu. Tak ada bunyi bising, sejuk je baca.
- Banyakkan berdoa
- Kalau nak tahu, doa orang yang berpuasa ni amatlah mustajab disisi Allah. Maka rebutlah peluang ini guys. Doa biar ikhlas keluar dari hati bukan dari mulut sahaja. Dengan hanya berdoa sahaja tidak cukup. Sertakan sekali dengan usaha untuk dapatkan apa yang didoakan.
- Bersedekah
- Bersedakah ini satu perkara yang teramatlah simple dan mudah untuk dibuat. Boleh kita ambil contoh tauladan yang baik yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kita. Baginda seorang yang pemurah dan amatlah suka bersedekah terutama di bulan Ramadhan. Bolehlah kita ikut jejak langkah baginda.
- Mempercepatkan berbuka
- Kalau part ni memang semua orang tak pernah miss nak buat. Dengar je azan terus minum air sampai boleh terlupa nak baca doa. Yang ni pun salah satu sunnah nabi. Seeloknya berbuka dahulu dengan makanan yang manis, contohnya kurma.
- Tahan marah
- Yang ini tahu kau lapar, tapi janganlah kita nak marah orang lain sebab lapar sahaja. Dalam bulan puasa ini selalulah bersabar dengan menjaga emosi kit okay.
Foto Kredit: islamic-kn.blogspot.my
NOTE: “Barang siapa mencintai sunnahku, bererti dia mencintai aku dan orang-orang yang mencintaiku kelak akan masuk syurga bersama-sama aku,” Baginda Nabi Muhammad SAW
INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana