dashboard button

BERGERAK MENJADI SEORANG HAMBA, MUDAH, APA YANG TUHAN KATA BURUK, BURUKLAH. APA YANG TUHAN KATA BAGUS, BAGUSLAH BAGI KITA. BERITAHU SELURUH ANGGOTA BADAN, HARI INI KENA TAKUT KEPADA TUHAN, SEDARLAH DIRI, ADA ORANG NAK MELIHAT, MELIHAT KEBESARAN TUHAN, MEREKA MAHU TAPI TIDAK DIBERI TUHAN

Thursday, March 29, 2018

Monyet

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya tergerak hati nak bercerita pasal monyet ni sebab tadi time nak beli makanan untuk juadah berbuka nanti ada monyet masuk cafe. Dia masuk ikut tingkap. Apa yang aku pelik sangat dekat sini mentaliti orang kita mesti akan lari kalau terserempak denga monyet. Tapi relitinya korang memang kena lari pun. Sebab diorang ni mengganas gila. Kalau nampak plastik makanan tu memang aka kejar korang jelah memanjang. Boleh menang no 1 kalau masuk lari 100 meter.

Sebab  apa moyet ni kejar satu sahaja. Sebab dia lapar. Kalau dia kenyang tak larat nak kejar korang. Apa yang aku nampak, monyet ni sebernarnya nampak juga cerdik. Tahu macam mana nak minum even ada straw tahu. Cuma nampak tak cerdik bila dah buka bungkusan maggi tu dia makan yang hujung je. Balance dia tinggalkan dalam bilik. Nak share dengan akulah tu. Pandai kau ye. Memang betul-betul dididik monyet ni dengan parents diorang. Jangan habiskan makanan orang lain.

Untuk bakal-bakal pelajar ukm nanti bersiap sedialah ye. Tingkap kalau boleh tiap petang tu tutup, yang mana ada pintu beranda tu tak payahlah nak feeling-feeling sangat ambil angin luar. Kau baru buka pintu je monyet dah tercongok depan pintu tunggu turn. Sampah-sampah janganlah sesekali letak dekat beranda luar. Nanti dia bongkar jenuhlah korang nak kena bersihkan.

Bila bangun sahaja pagi nak pergi kelas tu. Pintu dekat luar penuh dengan sampah-sampah dengan tong sampahnya yang dah terbalik bagai. Kadang-kadang kesian juga dengan makcik cleaner. Tapi makcik cleaner tak boleh nak buat apa. Dia sendiri cakap monyet ni mana ada akal. Kalau kita marah pun bukan dia faham. Dah Allah cipta dia macam itu. Maka macam itulah gaya dia. Pagi petang keluar cari makan. Yang manusia ni diciptakan dengan akal pun kadang-kadang tak berguna.






NOTE: Kadang-kadang rezeki yang kita ada tu bukan sepenuhnya milik kita. Tak salah berkongsi.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Monday, March 26, 2018

Throwback

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya aku nak cerita tentang persahabatan aku dengan seorang kawan dulu time masing-masing ikut haluan masing-masing lepas je PMR dulu. Dia ni kira kawan yang rapat jugalah. Dalam kelas memang selalu dengan dia je. Bermulalah cerita.

Perpisahan amat menyakitkan. Terpaksa berpisah dengan orang yang kita rapat, sayang dan sebagainya. Bila dah naik form 4 lagi banyak dugaan. Homework kau tak payah cakap la. Kalau boleh setiap subjek yang kau belajar hari ini, semua ada homework. Nampak tak homeworkdengan kita tak boleh terpisah? Buddyz sangatkan? Tak boleh terpisah dengan homework boleh lagi. Terpisah dengan kawan? Itu tak boleh tahan.

Ceritanya aku terpaksa berpisah dengan kawan yang paling baik, rapat, caring, cute dan sebagainyalah. Dia la tempat aku luahkan perasaan. Dia la tempat aku lepaskan geram. Nanti tak adalah dengar suara suara yang nyaring menjerit "crush aku !". Dia sorang je yang berani mati menjerit macam orang nak terberanak depan crush dia sendiri. Gedikkan? Tapi gedik gedik pun tu la nanti yang aku rindu. Isnin ni dah tak nampak dah muka dia dekat sekolah. Cepatkan? Last jumpa dia semalam. Sebak betul rasanya. Kalau dia boleh bawa handfon dekat tempat tu kan seronok. Boleh la tiap malam berbual bergosip.

"farah !!! aku dapat masuk !"

Ingat lagi suara dia cakap macam tu semalam. Macam macam nada. Gembira. sedih. terkedu. Okay ayat tak payah nak skema sangat. Aku ada jugak ura-ura nak ikut dia masuk sana tapi ada halangan. So tak boleh la nak langgar macam tu je. Bila dia cakap dia nak aje bawa tudung yang aku kasik tu jadikan selimut menangis. Sedih betul dapat kawan macam ni. Mana ada orang nak jadikan tudung tu sebagai selimut. Aku kasik suruh pakai dekat kepala kau nak balut badan kau dengan selimut tu.


Sabtu ni ingat nak jumpa dia jenjalan window shopping ke. Sekarang tengah poket kosong so window jelah. Moga sabtu ni bukan la hari terakhir untuk kita selama menjadi kawan. Aku baru nak pasang hajat nak masuk pertandingan mural dengan dia lagi sekali. Kitorang dapat number satu wo tahun lepas. Lukisan tu akan dijadikan kenangan walaupun warnanya dah pudar. Sayang betul la tak letak autograf dekat situ .

So kata terakhir. Jaga diri selalu la ingat aku. Sembahyang jangan tinggal. Rajin-rajinlah berdoa, berzikir, buat solat hajat. Birthday aku jangan lupa tau awal tahun tu dan aku takkan lupa birthday kau setiap akhir tahun.





NOTE: Selagi masa berjalan persahabatan kita takkan pernah putus. InsyaAllah, take my word, love.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Saturday, March 24, 2018

Bekal

ASSALAMUALAIKUM

Dulu perkataan bekal memang tak lekang dari mulut ni ha. Siapa je yang tak pernah bawa bekalkan. Seganas-ganas muka abang aku tu pun dulu pernah bawa bekal ke sekolah tau. Ayah yang masih kerja umur nak dekat 60 tahun itu pun still bawa bekal. Bekal ni menunjukkan kasih sayang ibu kepada anak. Ha yang tak ada bekal tu jangan nak fikir ibu kau tak sayang kau pulak okay. Ni sebahagian cara ibu nak tunjuk yang mereka ni caring dengan kita.

Nanti yang perempuan tu dah kahwin nanti ajarlah anak-anak dari kecil bawa bekal. Nanti sampai ke besar diorang ikut tau. Macam aku ni ha. Benda yang wajib kalau nak pergi mana-mana tu air masak. Bukan make up ye guys (walaupun make up tu tetap tak boleh tinggal juga).

Dengan adanya bekal inilah aku dapat berjimat waktu sekolah dulu. Tapi tak lupa juga memandangkan yang bawa bekal ini satu benda yang ganjil yang jarang orang buat, bila letak je atas meja time rehat tu mulalah kawan-kawan pakat kumpul dekat meja. Konon macam tertariklah nampak wow gitu bawa bekal. Padahal nak minta sedikit. Part ni kena ajar juga anak-anak jangan kedukut. Ajar diorang amalan kongsi ni. Yang anak tak bawa bekal tu pun kena diajar juga. Jangan sibuk sangat nak ambil makanan orang lain. Merasa itu boleh, tapi kalau dah dua kali tiga rasa lepas dah rasa tu menjerit pulak cakap makanan tu sedap. Makin ramailah yang sibuk datang konon nak merasa. Kalau seorang dua tak apalah kan.



NOTE: Bentuk anak daripada kecil ini lagi mudah daripada besar terang tang tang


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Friday, March 23, 2018

Trip to Melaka : Day 2 (Part 3)

ASSALAMUALAIKUM

Akhirnya trip to melaka untuk hari yang kedua. Hari yang kedua ni tak tahu kenapa tapi kitorang agak rushing sikitlah. Bas pun pukul 2.30pm, so kenalah sampai sana awal sikit untuk solat apa semua nanti. Seriously, pergi sana dua hari memang tak cukup tak habis pusing pun lagi. Hari yang kedua ni kitorang check out hotel pukul 10.30 macam tu terus pergi KFC dekat Melaka Prade. Tak tahulah kenapa pilih KFC, korang jangan ikut macam kami. Sepatutnya kalau datang negeri orang tu pergilah rasa makanan tradisi diorang tu, cari apa yang viral dekat sana ye. Tahu dekat melaka terkenal asam pedas tapi kami tak rasa nak makan nasi pulak time tu so makanlah KFC.

Lepaskan makan jalan nak pergi Dataran Pahlawan nak ambil gambar dekat sana sebab time pagi cerah memang lawa. Kalau siapa yang pernah pergi tu mesti pelik apa yang lawakan. Tengok biasa je kawasan lapang yang ada rumput yang boleh berlari-lari main layang-layang dengan crush. Sebenarnya tak lawa pun ni semua sebab typical budak zaman sekarang kalau pergi melaka mesti ambil gambar latar belakang Dataran Pahlawan tu.


Dataran Pahlawan yang luas boleh berguling dekat situ


Habis je berposing dahlah panas terik time tu terus pergi tempat-tempat area kota Afamosa tu, yang ni baru lawa kalau ambil gambar. Bezanya kawasan tu time pagi dengan malam aku rasa dua-dua best. Dulu pergi time malam so tak ramai sangat orang. Bila malam, lampu dekat keliling tu memang main peranan gila and siang pula bestnya barulah nampak colour bangunan yang terang-terang tu. Ambil gambar barulah on point! 


Tada! Kota Afamosa (Muka sis memang hitam tangan tu trademark ok)


Mulalah kami bertolak balik ke Bangi naik bas dari melaka sentral. Lagi sekali naik uber, orang uber cerita sepatutnya tempat yang kitorang kena pergi. Seriously banyak lagi tempat-tempat menarik dekat area Melaka yang patut orang ramai kena pergi. Orang uber tu cakap, makanan yang dia reccomand mee besen, keria melaka, mee bodoh (actually mee goreng). Apa yang menariknya mee bodoh tu korang kena cop tempat then kawan yang lain tu bolehlah beratur ambil telur goreng. Yes beratur untuk ambil telur goreng guys bukannya beratur untuk ambil mee. Bila telur goreng tu dah ada atas meja barulah waiter akan hantar mee selagi tak ada telur tu jangan harap kau dapat makan. Mee besen dengan keris melaka tu orang uber tu ada bagitahu tempat yang popular beli makanan tu. Tapi tak ingat alamat dia dekat mana. Acik uber tu siap cakap lain kali kalau nak datang lagi call je dia, nanti dia bawa jalan-jalan cakap je nak pergi mana tapi bayarlahdekat dia. Haritu dia cakap kalau satu hari bayar dekat dia RM150 untuk pergi mana-mana, korang cakap je nak pergi mana, dia bawa.


NOTE: Lepasni nak datang Melaka lagi memang takkan fikir dua tiga kali. Seriously enjoy gila!


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Tuesday, March 20, 2018

Trip to Melaka : Day 1 (Part 2)

ASSALAMUALAIKUM

Hi readers! So sambung trip ke Melaka part 2. Just nak reminded yang entry sebelum ni adalah cerita tentang Afamosa Water Theme Park. So siapa yang belum baca lagi tu bolehlah baca ye. Tapi jangan risau entry yang kedua ni tiada sambungan dari cerita yang pertama (mean tempat yang berlainan untuk ni). Part 2 ni cerita tentang tempat yang kitorang pergi belam malam pula.

Lepas je solat maghrib, siap-siap terus pergi Dataran Pahlawan yang hanya lebih kurang 5 minit je  (kalau korang berlari) dari hotel tempat kitorang duduk tu. Rasanya sangat berbaloi tempah hotel dekat area situ. Kitorang pergi Dataran Pahlawan masuk dalam nak cari seluar sebenarnya tapi takde langsung yang berkenan. Atlast member beli baju dekat Brand Outlet.

Then pergi pasar malam (okay tak ingat apa nama dia sebenarnya ada nama specific dia tapi lupa) dekat dengan taming sari tu. Pergi sana nak puaskan craving kawan nak makan apam balik kesayangan dia tu. So bila pergi sana yang perempuan tu percayalah korang akan rambang mata. Seriously tak ada niat nak beli benda alah tu pun akan terjebak beli tau. At the end terbelilah 2 helai baju tshirt lengan panjang and dua-dua tu corak belang-belang. Sis memang tak tahan kalau tengok bena murah ni. Kalau korang nak tahu ada sesetangah perempuan ni baju dia tak adalah mahal mana, yang penting time beli tu harga murah boleh dapat berhelai-helai.

Penat berjalan perut pun mula bersayonara, last makan pun time dekat water theme park tu kan. Singgahlah satu kedai ni makan nasi goreng ikan masin. Okay yang ni favourite gila! Sambil makan sambillah tengok bola live Melaka vs siapa tah. Sorry sis memang tak minat bola tapi akan cuba memahami bakal suami yang minat bola nanti ye lol.

Dah kenyang ingat nak pergi taming sari naik basikal jalan keliling tapi budget dah lari. Part jalan dekat area taming sari naik basikal tu aku reccomand gila. Dulu memang pernah pergi time dengan budak matrik naiklah basikal kembar 3 tu. Time naik basikal tu memang kau nampak siapa kawan siapa lawan. Yang duduk tengah memang dengki gila sampai tak nak kayuh! So korang boleh tinggalakan je kawan macam tu dekat tepi jalan okay lol. So sebelum balik hotel tu singgahlah Mcd jap nak beli Mcflurry. Okay ni je untuk part 2, part 2 ni takde gambar yang menarik nak tunjuk sebab tak ambil gambar pulak time tu. Bolehlah sambung tengok untuk Day 2 pulak nanti. 


NOTE: sorry guys, dah habis baru ingat nama pasar malam tu. Uptown nama dia.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Monday, March 19, 2018

Trip to Melaka : Day 1 (Part 1)

ASSALAMUALAIKUM

Kalini punya entry throwback pegi melaka. Actually, semalam baru balik dari trip ni so harini terus update because i'm soo excited to tell you guys about this trip! Memandangkan aku orang Johor, memang dekatlah juga dengan melaka tu and boleh dikatakan banyak kali juga pergi sana. Tapi ni kali kedua pergi melaka dengan kawan. Waktu first dulu pergi dengan kawan-kawan dari matrik. Kalini pergi dengan kawan-kawan dari universiti pula.

Dengan anggaran RM250 je aku pergi sana (untuk seorang tau). Sebernya fikir dua tiga kali juga nak pergi melaka tu disebabkan dah banyak kali pergi sejak dari kecil lagi, Melaka tu pun rasa dah muak tengok muka aku. Tapi disebabkan kalini pergi dengan oreang lain, so tanya ayahibu, mintak izin diorang. Yes still minta izin kalau nak pergi mana-mana pun sebab aku belum kahwin lagi walaupun umur dah 20. Adik-adik yang dekat luar sana tu walaupun korang sambung belajar sekali pun, jauh dengan family, kalau nak pergi mana-mana tu mintalah izin ibuayah. Aku even nak pergi pasar malam dekat jalan reko tu pun minta izin tau. 

Berbalik pada cerita, hotel yang kami tidur seriously simple but comfortable yang teramat! Dua katil harga RM120 satu malam. But accond dia tak berapa nak sejuklah. Apapun tak kisah sebernarnya pasal hotel tu yang penting kami dapat pergi tempat yang dah pun kitorang rancang.

Hari pertama tu cadang sampai Melaka sentral je nak terus pergi AFamosa Water Theme Park. Kami pergi dengan naik bas dari TBS terus pergi ke melaka sentral. Time dah naik uber nak pergi water theme park tu, berbual dengan orang uber tu dia cakap sepatutnya naik dari kl transit je. Means tak payah naik bas, naik ktm lagi dekat and murah! Sebab dari melaka sentral nak ke water theme park tu 40minit and harga dia dalam RM30 untuk uber. Rasa nak marah je time tu and rasa macam kenapalah aku ni, dah masuk u pun still tak pandai tak boleh nak fikir. Apapun kitorang redha je sebagai pengajaran juga. 


Typical bila ada tiket, gambar ni mesti wajib ambil


Dah sampai water theme park tu harga tiket RM56 hanya untuk water theme park je dengan set makanan. Dekat AFamosa water theme park tu sebenarnya banyak pakej-pakej dia ada yang Safari dan lain-lain. Kitorang pilih tempat yang nak mandi tu je. Sewa dua boya harga RM30 tapi kena bayar RM60 dulu then nanti dia pulangkan balik RM30 tu lepas kita pulangkan boya tu. Bermulalah mandi manda dekat situ. Ada satu gelongsur tu dia tutup under maintainer. Actually, ada kes kenapa dia tutup permainan tu. Ada budak main benda alah tu meninggal sebab berselfie time main. Permainan tu agak extreme, so memang kena pegang boya kuat-kuat janganlah sesekali nak lepaskan tangan tu. Aku yang naik biasa-biasa tu je sampai tak keluar seuara nak menjerit.

Mandi area ni boleh dengki kawan macam budak-budak simbah air bagai



Set makanan yang disediakan (nasi putih, ayam masak merah, kobis goreng)
Air tu pun disediakan sekali.


Habis je main air tu semua barulah kitorang bertolak balik ke hotel. Lupa nak bagitahu kitorang pergi time weekend so everything quite expensive jugalah. Check in rehat sekejap then malam tu nak keluar balik. Trip malam sambung yang ke Part 2 punya. Feel free untuk baca kalau korang semua tak bosan nak baca. 


NOTE: honestly, suka gila AFamosa Water Theme Park tu berbanding Melaka Wonderland.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Monday, March 12, 2018

Boros

ASSALAMUALAIKUM

Kenapa student selalu boros? Adakah alasan dia seorang student yang belum cukup pengalaman dalam mengurus duit atau sebaliknya? Kadang-kadang selalu terfikir bila ada duit banyak boleh beli macam-macam. Tapi pernah tak terfikir, bila duit banyak itulah boleh jadikan kita seorang yang boros dalam berbelanja. Bukan sahaja orang lain, aku sendiri pun alami benda yang sama. Lagi-lagi aku ni student lagi. See, alasan student juga yang jadikan sebab kenapa boros. Bila masuk je ptptn, pergi shopping memang tak lekang dari fikiran ni. Duit masuk macam angin tapi keluar macam air. Boleh bayangkan kan betapa senangnya keluar masuk duit zaman sekarang ni.

Siapa je yang tak suka bercakap tentang duit. Duit masuk, duit keluar memang akan sentiasa sebut setiap hari. Menjadi seorang student memang mencabar. Untuk permulaan memang senang je dapat duit, bila dah grad kerja lagi banyak lagi duit yang kau kena pegang. Lagi banyak juga hutang yang kau kena bayar. Dulu boleh je kumpul duit dekat tabung, simpan then hujung tahun pecahkan memang suprise betul tengok tabung ayam tu. Tapi sekarang bila simpan je duit tiap-tiap hari seringgit mesti korek balik tabung bila dah hujung bulan. Beza gila kot hujung tahun dengan hujung bulan tu.

Boros pada aku bukan sekadar boros dalam hal duit sahaja. Tapi boros juga boleh dikategorikan boros masa ataupun kalau nak fahamkan korang adalah buang masa. Dekat rumah dulu bolehlah berdendang dayang senandung depan tv. Bila dah masuk asrama memang tak dapatlah kau nak tengok tv, kadang-kadang ada tv tu pun kau tak sempat nak buka. Dengan assignment yang berlambak, tutorial untuk mantapkan lagi kemahiran kau tu memang entah kemana jawabnya.

Adik-adik yang yang baca ni, jangan fikir tv sahaja, fikir juga masa yang kau luang dengan family. Nanti dah masuk kolej, u bagai memang susah nak spend time dengan family. Memang sekarang semua dah mudah boleh whatsapp ibuayah tiap-tiap hari, tapi ada sesetengah orang lupa daratan dik. Aku bukan nak takutkan korang, aku nak ingatkan korang je. Apa yang aku cakap ni bukan tengok orang lain je kadang-kadang diri sendiri pernah terbuat macam gitu. Nauzubillah. Jangan sebab kita jauh dengan family boleh jadikan tu alasan kau nak bebas boleh buat apa je yang kau suka.

Bila dah jauh dengan family barulah kau nampak macam mana diri kau tu. Bukan hanya soal duit sahaja tapi kesihatan kau, hubungan kau dengan Allah, dengan orang lain semuanya kau boleh nampak sendiri. Dulu dekat rumah ayahibu selalu ingatkan 'bangun, solat', 'bangun makan', 'bangun mandi','pergi kemas katil sana'. Tapi bila dah berjauhan dari situ kau nampak kau kena buat semuanya sendiri bukan bergantung pada orang lain.

Ayah selalu pesan belajar pandai-pandai, kakak dah ada peluang sekarang ambillah peluang tu. Jangan jadi macam ayah belajar sampai darjah 6 je sebab ayah tak ada peluang nak sambung. Ibu selalu ingatkan dekat kitorang adik-beradik nanti lepas belajar pandai-pandai, cari kerja yang bagus-bagus. Boleh beli rumah mana yang aku nak time tu.





NOTE: Peluang yang Allah beri jangan sesekali sia-siakan. Jangan kau abaikan hanya sebab tak nampak kesannya sekarang.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Sunday, March 04, 2018

Gangguan

ASSALAMUALAIKUM

AMARAN KERAS: Yang berani je boleh baca. (tapi tak seram mana pun)
Pernah rasa tidur tak lena, mandi tak basah tak? Benda ni bukan cerita cinta okay.
Mesti semua orang pernah rasa diri ni diperhatikan. Kadang-kadang kau tengah nak makan pun rasa ada benda yang curi makanan korang. Yang ni siapa je yang tak kenal, mana yang suka makan tak baca doa tu memang kongsi makanan dengan geng dialah.

Terutama bagi yang budak kecil, memang selalu and senang dia orang semua boeh nampak. Dulu pernah sedara aku kena ganggu dalam rumah dia sendiri. Tiap kali nak tidurkan anak dia je dekat buai tu mesti anak dia nangis. Rupanya ada yang tolong enjutkan buai tu. Aku nak letak gambar tapi takut nanti aku sendiri pula yang tak boleh nak tidur. So untuk keselamatan semua, kita elakkanlah ya.

Siapa pernah tengok video hantu indon yang sembahyang tu. Seriously, sampai sekarang aku ingat lagi and tiap kali nak start sembahyang tu mesti teringat. Sis sabar je. Kenalah rileks dulu sebelum nak start solat tu. Betul-betul menghantui yang teramat kot!

Ingat lagi tak trip ke Pahang tu. Esok paginya ayah ada cerita, yang dia mimpi dua kali perempuan tapi yang berlainan. Dalam apartment tu ada satu lampu syiling, ayah mimpi ada buai panjang. Lepastu ada sorang perempuan tengah main buai dekat situ. Lagi satu ayah mimpi ada perempuan masuk dari pintu lepastu mundar-mandir depan bilik kitorang. Aku harap dia jatuh kena hempap dengan syling. Muka dia nampak gelisahlah gitu even aku tak nampak tapi benda ni korang boleh bayangkan. Bila ayah tanya kau kenapa ni, ada apa ni. Kepala dia geleng nak kata tak ada apa-apa. Then hilanglah diorang tu. Kan aku dah cakap tak seram. Aku dengar ayah cakap seram, naik semua bulu roma. Tapi sampai part aku je yang cerita mesti bosan nak dengar. Cis.

Lagi satu cerita ni adik aku yang cerita. Minggu lepas dia balik rumah sebab takut dan asyik terbayang je. Dia cakap kawan dia ada mimpi dalam pukul 2 hinggi 3 pagi tu. Ha siapa yang baca time 2 3 pagi tu pergi cepat tidur sana! Balik pada cerita, roommate dia mimpi time dia buka pintu, ada seorang perempuan merangkak rambut panjang pergi dekat diorang. Ni yang rasa nak letak gambar ni. Tapi tahankan je tangan ni tak nak cari gambar tau. Okay tu je ceritanya, pendek je. Adik tak habis cakap lagi ayah dah buat lawak pasal cerita korea. Katanya kitorang banyak sangat tengok cerita korea dari baca Al-quran. Okay yang ni deep guys. 


NOTE: Setiap yang ada dekat muka bumi ni pun makhluk Allah juga bukan manusia sahaja.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Friday, March 02, 2018

Trip to Pahang : Cameron Highlands (Part 3)

ASSALAMUALAIKUM

Akhirnya part 3! Part 3 ni hari terakhir kitorang dekat Cameron Highlands. Yang hari ketiga ni tak pergi mana-mana pun. Bertolak balik je perjalanan kami pada hari itu. Tapi sebelum family balik ke johor tu kitorang hantar adik aku yang study dekat poli pahang. Singgah situ last-last tidur pulak dekat kuantan. Sewa hotel untuk satu hari baru RM120. Murah gila kot! Tengok muka ayah pun dah penat nak drive, bukan ayah je semua pun so berehatlah kitorang dekat kuantan. Dengan adik sekali yang dekat poli tu ikut tidur dekat hotel. Esoknya hantar adik balik then hantar aku pulak balik ukm.

Pengalaman yang singkat inilah yang memberi makna banyak sangat pada aku. Kita dapat spend time dengan family and perasaan sedih nak berpisah tu tak payah ceritalah. Plus, cuaca boleh rasa nak demam bila balik bangi semula tau. Yelah cuaca dekat sanakan sejuk dan selesa je. Kalau tak mandi satu hari pun tak busuk kot. Betapa seronoknya orang yang duduk dekat area sana kan. Apa pun aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah.




NOTE: Hey guys, grab apa yang ada di depan mata. Bukan bermaksud pakai sebat je tapi itulah kadang-kadang peluang terakhir yang kita ada.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana

Thursday, March 01, 2018

Trip to Pahang : Cameron Highlands (Part 2)

ASSALAMUALAIKUM

Bermulalah trip ke Cameron Highlands part 2 dimana keesokkan harinya kami pergi Taman Mardi. Sebelum pergi ke taman mardi tu kitorang makan roti canai. Roti canai dekat situ sedap gila guys. Sebenarnya nak bagitahu dekat mana gerai tu tapi susah pula. Dia macam foodcourt tapi tak macam foodcourt sangat tau. Macam gerai makan yg selalu ada dekat kebayan tu. Siapa orang Johor dia tahulah kot kebayan tu apa. Roti sardin dia lagi murah dari dekat johor tau. Memang sedap gilalah pakcik tu buat.

Dulu pernah lalu je dekat are situ. Tak pernah pun terfikir nak masuk disebabkan kena bayar. So fikirlah dua tiga kali akhirnya masuk juga dalam tu. Even bayar seriously really worth it tau. So salah satu tempat yang aku suggest dekat korang bila pergi Cameron Highlands tu singgahlah ke Taman Mardi sana. Dalam dia ada banyak tempat yang menarik tau. Pemandangan kalau nak ambil gambar pun cantik gila tau.

Dekat situ dia ada banyak kawasan-kawasan yang dia dah asingkan. Contohnya first masuk tu semua orang akan diminta ambil gambar dengan maskod mickey mouse and minnie mouse. So kalau sesiapa yang agak-agak malas nak basuh gambar tu so beli jelah dekat diorang tu. Yelah zaman sekarang ni ambil gambar guna phone mana nak buat macam dulu lagi pergi kedai kodak basuh bagai. Seriously sekarang dah kurang gila. Banyak sangat perubahan yang kita boleh nampak sekarang. Agak-agak macam manalah zaman pada masa akan datangkan.

Kalau nak pegi Taman Mardi baik sangat kalau korang semua pergi time waktu siang pagi-pagi tu. Sebab bila dah tengahari panas dia boleh tahanlah. Tapi tak adalah panas sangat. Suam suam je tak macam panas dekat KL lah.


Inilah abang sis, nak ambil gambar dekat sini kena cepat-cepat snap sebab matahari dia mengahal ke mata betul sampai nak senyum pun rasa berkedut je muka tu


Tak tahu kenapa tapi suka sangat tengok dinding ni


Bukan sahaja ada burung, rumah arnah, kolam ikan pun ada tau


Even nampak gelap tapi pokok tu main peranan gila, lagi cantik dari aku


Okay lepas je habis pergi taman mardi tu kitorang pergi kedai yang jual kaktus. Dia dekat dengan area kedai bundle. Lepas je kitorang pergi sana tengah hujan tahu tak time tu. Serious sejuk gila! Sementara nak tunggu hujan reda sikit memandangkan kereta pun terletak jauh sikit dari kedai tu, tengoklah kedai-kedai dia jual topi dekat bahagian luar tu and sempatlah ambil gambar dengan topi walaupun tak beli. Alah takpe atleast aku dah beli kaktus dia.


Ha cantik tak topi tu. Harga dia dalam RM10 rasanya

Dah puas pergi dua tempat tu kitorang pun bertolak balik ke apartment. Kalau korang nak tahu even pergi dua tempat je pun tetap penat. Tak tahulah badan aku yang lembik ke apa, Tapi dah memandangkan hujan, kalau nak jalan pun dah tak sedap. Perut pun dah lapar, so baliklah ke apartment. Kitorang makan nasi putih dekat apartment je ibu yang masak time tu. Aku pula tolong adik aku buat homework. Yes guys adik aku yang bongsu tu suruh aku tolong buatkan homework dia. So sebagai kakak bantu jelah. 

Tamat untuk belah siang, belah malam tak ada banyak aktiviti pun. Just pergi dobi basuh baju tunggu dekat sejam sampai tersengguk-sengguk aku tidur. 


NOTE: Sesiapa yang belum pergi Cameron tu aku suggest pergilah, yang pergi sekali je tu pergilah lagi. Berbaloi tau.


INSTAGRAM: @farahhliyana
FACEBOOK: Farah Liyana